Thursday, April 15, 2010

Memohon Sumbangan

Ruj Kami: PG/MDF/1/4/10 Tarikh : 15 hb April 2010

Kepada,

Para dermawan yang budiman.


Tuan,
Memohon Sumbangan Untuk Membeli Kenderaan (Van) Untuk DARUL FUQAHA Dan Pengurusan

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita pihak kami memaklumkan bahawa kami memerlukan sebuah kenderaan (van) pengangkutan untuk kegunaan pergerakan pelajar-pelajar DARUL FUQAHA dari asrama ke sekolah dan juga untuk pelbagai aktiviti luar. Justeru, kami merancang untuk membeli kenderaan yang sesuai dengan jangkaan kos sekitar RM 60ribu. Sehingga kini kami hanya menggunakan sebuah van (Ford) lama yang telah berusia 20 tahun untuk pelbagai kegunaan.

2. Untuk makluman pihak tuan, Muassasah Darul Fuqaha (DARUL FUQAHA) merupakan sebuah badan amanah yang terlibat dalam bidang dakwah, pendidikan dan kebajikan sejak 2004. Sehingga kini kami telah mengasas dan menguruskan empat buah institusi pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan dengan jumlah pelajar menjangkau 200 orang iaitu:

1. Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (Sg. Merab, Bangi)
2. Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (Sg. Merab, Bangi)
3. Sekolah Rendah Islam Pintar Fuqaha (Bandar Baru Bangi)
4. Kolej Islam Fuqaha. (Sg. Merab, Bangi)

3. Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan integrasi tahfiz, akademik KBSM dan agama yang menyediakan pendidikan percuma khusus untuk anak-anak yatim dan faqir miskin.

4. Institut Pintar Tahfiz Fuqaha dan Sekolah Rendah Islam Pintar Fuqaha pula menyediakan pendidkan integrasi tahfiz, akademik KBSM dan KBSR dan agama untuk masyarakat awam dengan bayaran minima bergantung kepada kemampuan kewangan pelajar.

5. Kolej Islam Fuqaha pula menyediakan pendidikan agama tradisional system pondok dan pengajian tinggi peringkat Diploma Pengajian Islam secara percuma kepada anak-anak Islam.

6. Sumber kewangan DARUL FUQAHA adalah sumbangan derma pelbagai pihak dan juga sumbangan hasil usaha perniagaan kecil yang dijalankan oleh kakitangan Darul Fuqaha. Keperluan bulanan DARUL FUQAHA sendiri merangkumi penggajian kakitangan dan pengurusan menjangkau RM50 ribu.

7. Sumbangan cek boleh dibuat atas nama Muassasah Darul Fuqaha dengan no akaun Bank Islam 12029010049358 atau berhubung dengan pegawai kami di talian 0192677703 atau 0389267762. Maklumat tentang kami boleh diperolehi dengan melayari web rasmi kami www.darulfuqaha.com

8. Semoga segala keprihatinan pihak tuan diganjari dengan pahala yang berpanjangan di Akhirat.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Yang benar,


Ust Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Pengerusi Pengasas Darul Fuqaha

Monday, April 12, 2010

nasihat hari ini

# makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap.. nanti binasa

# sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan, adalah mereka yang bertaubat kembali kepada Allah, serta menyesali di atas segala kesilapan yang telah dilakukan.

# berusahalah untuk sentiasa melakukan tahajjud, kekuatan kita umat islam terletak juga pada tahajjudnya.

# solat jamaah adalah dituntut, semua orang tahu. tetapi kenapa masih terlalu ramai yang mengabaikankannya. pelbagai alasan diberi untuk mengelak diri dari melakukan jamaah. nau'uzubillahi min zaalik.