::. MAKLUMAT MAAHAD .::

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha atau MTDF merupakan sebuah institusi pendidikan integrasi menggabungkan kurikulum Tahfiz al-Quran, Akademik KBSM dan kurikulum agama terpilih.

Ia adalah PERCUMA untuk 3 golongan utama iaitu anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal yang tidak berkemampuan dan anak-anak faqir miskin. MTDF merupakan projek pertama Darul Fuqaha dan bernaung di bawah MUASSASAH DARUL FUQAHA.

Mula beroperasi pada tanggal 14 hb Februari 2004 di tapak utama Darul Fuqaha iaitu " Lot 3283, Jalan IPIS, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor. Pembiayaan awal MTDF adalah merupakan sumbangan peribadi seorang dermawan Ybhg Datuk Rameli Musa, Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation.

Pengajian yang dijalankan oleh pelajar di MTDF agak padat dengan disiplin yang ketat serta tarbiyah yang mantap. Sesi pentarbiyahan dimulakan seawal 4 pagi dan berakhir pada jam 10 malam. kehidupan pelajar sentiasa dipantau agar selari dengan ajaran islam.

MTDF menekankan pentarbiyahan diri, pendidikan akhlak dan pemantapan ilmu serta keterampilan kepimpinan melalui solat berjamaah dan hafazan al-Quran serta pengajian ilmu yang berterusan.

Pengasas dan Pengerusi

Ia diasaskan oleh Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri (B.A Univ. of Jordan, M.A Aal al-Bayt Univ, Mafraq, Jordan) sebagai Pengerusi dan Ustazah Anili Ramli (B.A Yarmouk Univ.) sebagai Pengetua.

Ustaz Mohd Khairuddin merupakan salah seorang tenaga pengajar di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Beliau sekarang sedang menyiapkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Phd). Beliau cergas memenuhi undangan menyampaikan ilmu dalam seminar, kursus, forum dan ceramah di pejabat kerajaan, syarikat, masjid dan surau terutamanya di Lembah Kelang.

Beliau juga selalu diundang untuk mengisi slot ceramah dan perbincangan agama di radio dan televisyen. Yang terakhir beliau menjadi tetamu tetap rancangan Sirah yang berkumandang di Radio 1 Malaysia, pd pukul 7.30 mlm pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan keempat.

Di samping menulis buku dan rencana dalam majalah dan akhbar, beliau juga menghasilkan kaset menerusi syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd dan beberapa VCD ceramah agama. Beliau juga berkecimpung di bidang Perubatan Islam untuk rawatan gangguan jin dan ilmu hitam

Objektif Penubuhan

MTDF ditubuhkan bertujuan

  1. memberi peluang pendidikan rendah dan menengah secara PERCUMA kepada anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal dan faqir miskin.
  2. menyediakan pendidikan integrasi antara hafazan al-Quran, pengajian Agama dan pengajian Akademik KBSR dan KBSM
  3. menyediakan suasana kehidupan yang selesa bagi pertumbuhan minda dan perkembangan akhlak
  4. menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal yang tercicir pelajaran bukan kerana kebodohan, tetapi suasana keluarga yang tidak mengizinkan.
Kurikulum

 MTDF menggunakan kurikulum berikut:
  

  1. Kurikulum KBSR & KBSM yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

  2. Kurikulum Agama Jabatan Agama Islam Selangor

  3. Kurikulum Hafazan al-Quran Darul Fuqaha
Prasarana

MTDF mempunyai 5bangunan utama.

  1. bangunan pertama mengandungi 4 buah kelas.

  2. bangunan kedua mengandungi surau, pejabat pentadbiran, bilik guru dan bilik sumber.

  3. bangunan ketiga adalah sebuah asrama 1 tingkat

  4. bangunan keempat adalah dewam makan dan tempat tinggal staff fuqaha

  5. bangunan kelima adalah bilik rehat juga menempatkan pelajar-pelajar kolej fuqaha secara sementara.
Bangunan ketiga, keempat dan kelima didirikan diatas 2 buat lot tanah sewa bersebelahan dengan bangunan pejabat Darul Fuqaha. Darul Fuqaha merancang untuk membina sebuah bangunan 3 tingkat yang bakal mengadungi asrama anak yatim, kelas dan dewan makan di sebuah tanah lot yang telah berjaya dibeli pada tahun 2008 bersebelahan dengan tanah sewaan untuk asrama sekarang. Kos pembinaaan dianggarkan sebanyak RM500 ribu.

Oleh sebab itu, Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha mengharapkan sumbangan yang berterusan dari para dermawan untuk merealisasikan hasrat kami untuk memiliki sebuah bangunan kekal untuk meneruskan pengajian mereka dibidang tahfiz dan agama khususnya dan akademik secara amnya.

Sumbangan para dermawan boleh disumbangkan melalui akaun bank islam kami "dana pembangunan darul fuqaha 12029010045684". MTDF mendoakan agar tuan-puan para dermawan sentiasa dirahmati ALLAH s.w.t.

Lokasi

Lokasi MTDF ialah di Lot 3283, Kg. Sg. Merab, Luar, Kajang bersebelahan Bandar Baru Bangi. Ia terletak berhadapan Maktab Perguruan Islam, Bangi dan berhampiran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Insitut latihan Orang-orang Kurang Upaya.


Alamat surat-menyurat adalah seperti berikut:

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha
Lot 3283 Jalan MPI, Sg. Merab Luar, Kajang, 43000, Selangor

Tel Pejabat     : 03 89267762
Hp Pengetua   : 0192665048  (Usth Anili Ramli)
Hp Pengerusi  : 013 3621236 ( Ustaz Mohd Khairuddin)
Hp Penyelaras : 0192677703 (En. Mohd Khairul Azlan)


Pentadbiran


MTDF berada di bawah Muassassah Darul Fuqaha. Ia ditadbir oleh sebuah lembaga pengelola yang terdiri daripada:
  1. Pengerusi; Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali,
  2. Timb. Pengerusi merangkap Pengetua; Ustazah Anili Ramli (B.A Islamic Law, Yarmouk Univ)
  3. Setiausaha ; Ustaz Mohd Harme Aman Razali
  4. Bendahari  ; Norhazilayati Aman Razali
dan Ajk lain terdiri daripada :
  1. Mohd Khairul Azlan Aman Razali
  2. Norhalizamaa Aman Razali
  3. Khairul Imran
  4. Ust Ismail Eliyas
 Kos Operasi & Sumber Kewangan

Bermula Januari 2006, Kos operasi bulanan menjangkau Rm 25 ribu sebulan merangkumi penggajian guru dan petugas, makan-minum, kelengkapan pembelajaran dan penyelenggaraan.

Maahad beroperasi menerusi bantuan tidak berkala secara berterusan dari masyarakat Islam yang prihatin disamping sumbangan daripada pengerusi melalui projek ekonomi peribadi beliau. Justeru itu, sumbangan sangat dialu-alukan untuk meneruskan kelangsungan pengurusan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.

Sumbangan boleh dikreditkan ke :


no akaun Bank Islam (12029010045695)

atas nama : MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA