Thursday, April 15, 2010

Memohon Sumbangan

Ruj Kami: PG/MDF/1/4/10 Tarikh : 15 hb April 2010

Kepada,

Para dermawan yang budiman.


Tuan,
Memohon Sumbangan Untuk Membeli Kenderaan (Van) Untuk DARUL FUQAHA Dan Pengurusan

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita pihak kami memaklumkan bahawa kami memerlukan sebuah kenderaan (van) pengangkutan untuk kegunaan pergerakan pelajar-pelajar DARUL FUQAHA dari asrama ke sekolah dan juga untuk pelbagai aktiviti luar. Justeru, kami merancang untuk membeli kenderaan yang sesuai dengan jangkaan kos sekitar RM 60ribu. Sehingga kini kami hanya menggunakan sebuah van (Ford) lama yang telah berusia 20 tahun untuk pelbagai kegunaan.

2. Untuk makluman pihak tuan, Muassasah Darul Fuqaha (DARUL FUQAHA) merupakan sebuah badan amanah yang terlibat dalam bidang dakwah, pendidikan dan kebajikan sejak 2004. Sehingga kini kami telah mengasas dan menguruskan empat buah institusi pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan dengan jumlah pelajar menjangkau 200 orang iaitu:

1. Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (Sg. Merab, Bangi)
2. Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (Sg. Merab, Bangi)
3. Sekolah Rendah Islam Pintar Fuqaha (Bandar Baru Bangi)
4. Kolej Islam Fuqaha. (Sg. Merab, Bangi)

3. Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan integrasi tahfiz, akademik KBSM dan agama yang menyediakan pendidikan percuma khusus untuk anak-anak yatim dan faqir miskin.

4. Institut Pintar Tahfiz Fuqaha dan Sekolah Rendah Islam Pintar Fuqaha pula menyediakan pendidkan integrasi tahfiz, akademik KBSM dan KBSR dan agama untuk masyarakat awam dengan bayaran minima bergantung kepada kemampuan kewangan pelajar.

5. Kolej Islam Fuqaha pula menyediakan pendidikan agama tradisional system pondok dan pengajian tinggi peringkat Diploma Pengajian Islam secara percuma kepada anak-anak Islam.

6. Sumber kewangan DARUL FUQAHA adalah sumbangan derma pelbagai pihak dan juga sumbangan hasil usaha perniagaan kecil yang dijalankan oleh kakitangan Darul Fuqaha. Keperluan bulanan DARUL FUQAHA sendiri merangkumi penggajian kakitangan dan pengurusan menjangkau RM50 ribu.

7. Sumbangan cek boleh dibuat atas nama Muassasah Darul Fuqaha dengan no akaun Bank Islam 12029010049358 atau berhubung dengan pegawai kami di talian 0192677703 atau 0389267762. Maklumat tentang kami boleh diperolehi dengan melayari web rasmi kami www.darulfuqaha.com

8. Semoga segala keprihatinan pihak tuan diganjari dengan pahala yang berpanjangan di Akhirat.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Yang benar,


Ust Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Pengerusi Pengasas Darul Fuqaha

1 comment:

  1. Assalamualaikum, sy ingin menyumbang ilmu persilatan kepada anak-anak yatim secara percuma sekitar kawasan kajang, semenyih dan beranang. Silat yang akan diajar adalah silat warisan nusantara yang bebas dari unsur-unsur syirik dan adat-adat yang boleh mendatangkan keraguan. Silat ini semata-mata belajar pertahankan diri, amat baik untuk membina keyakinan diri dan kekuatan fizikal serta mental pelajarnya.

    Silat ini juga akan disertai dengan slot agama berbentuk tazkirah dipenghujungnya yang sekaligus memantapkan jiwa pelajar.

    Jika ada keraguan, boleh datang melawat gelanggang silat kami yang sedia ada atau boleh memberikan tempoh 3bulan percubaan dan dipantau sendiri pihak tuan.

    faedah yang akan diperolehi oleh pengurusan rumah anak yatim adalah apabila anak-anak yatim sudah mahir bersilat, maka mereka akan diberikan peluang untuk bersilat di dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi. Hal ini dapat mempromosikan rumah anak yatim tersebut dan mampu menjana kewangan sekali.

    dengan rasa merendah diri, ingin sekali lagi sy nyatakan, bahawa semua ini dilakukan dengan percuma semata-mata. sila hubungi saya jika berminat:

    Nik Aziz Afiq Bin Haji Abdul,
    93, Jalan TTS 4,
    Taman Tasik Semenyih,
    43500 Semenyih,
    Selangor Darul Ehsan
    014 7374 768

    "beramal untuk akhirat"

    p/s: Saya pernah dtg ke Darul Fuqaha untuk bengkel UPSR kalau xsalah pada tahun 2006 dari Markaz Pas bt6 bangi..semoga Muassasah terus dibantu Allah!!

    ReplyDelete