::. PERATURAN .::

MUASSASAH DARUL FUQAHA 
LOT 3283 Jalan IPIS, Sungai Merab Luar,
Bangi, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89267762 Faks: 03-89262453

..................................................................................................





PERATURAN DAN PEKELILING MTDF & IPTAF

JADUAL UMUM KEHIDUPAN PELAJAR MTDF & IPTAF

ISNIN hingga JUMAAT
MASA
PERKARA
0400 – 0600
Bangun pagi, qiamullail, tahajjud dan kelas alquran
0600 – 0730
Solat subuh berjamaah, bacaan ma’thurat dan kelas alquran
IPTAF : sehingga jam 0700 sahaja
0700 – 0800 persiapan ke Sekolah
0800 – 0830
0730 – 0830
Sarapan dan kendiri
0830 - 1000
Solat dhuha, Kelas al-quran (bacaan, hafazan & tajwid)
1000 – 1230
Kelas alquran, solat dhuha, kuliah tafaqquh (pengajian kitab)
1230 – 1315
Makan tengahari dan rehat (qoilulah)
1315 – 1400
Solat zohor berjamaah dan bacaan alquran
1400 – 1600
Kelas akademik
1600 – 1700
Solat asar berjamaah dan bacaan alquran
1700 – 1830
Riadah atau kendiri
1830 – 1900
Makan malam
1900 – 2100
Solat maghrib berjamaah, bacaan ma’surat, kelas alquran dan solat isyak berjamaah
2100 – 2200
Prep @ kelas tambahan
2230 - 0400
Wajib berada diasrama. Lampu mesti dipadam & istirehat (tidur)

SABTU & AHAD
MASA
PERKARA
0400 – 0600
Bangun pagi, qiamullail, tahajjud dan kelas alquran
0600 – 0700
Solat subuh berjamaah, bacaan ma’thurat
0700 - 0830
SABTU : Kendiri & sarapan
AHAD  : riadah di TC
0900 - 1100
SABTU : kuliah dhuha
AHAD   : rehat & kendiri
1100 - 1300
rehat & kendiri
1300 - 1400
Solat zohor berjamaah dan bacaan alquran
1400 - 1615
rehat & kendiri
1615 – 1700
Solat asar berjamaah dan bacaan alquran
1700 – 1830
Riadah atau kendiri
1830 – 1900
Makan malam
1900 – 2100
Solat maghrib berjamaah, bacaan ma’surat, kelas alquran dan solat isyak berjamaah
2100 - 0400
Wajib berada diasrama & istirehat (tidur)


MAKLUMAN UMUM

  1. semua murid adalah wajib mematuhi jadual kehidupan murid seperti yang tercatat dalam jadual.
  2. solat fardu adalah wajib dihadiri dan ditunaikan secara berjamaah
  3. murid wajib menghadiri semua kuliah yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran termasuk kuliah tafaqquh, kuliah dhuha dan kelas alquran.
  4. murid mestilah sentiasa dalam keadaan kemas. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Berambut panjang seperti perempuan atau rambut berfesyen keterlaluan adalah tidak dibenarkan.
  5. Pemakaian seluar jeans, seluar pendek, kain pelikat, sluar kaki kecil serta topi adalah tidak dibenarkan.
  6. Murid adalah wajib menutup aurat di mana sahaja bersesuaian dengan perintah Agama terutama ketika berada di Darul Fuqaha hatta ketika berada didalam bilik air.
  7. penggunaan telefon bimbit yang mempunyai multimedia hanya untuk pelajar kolej sahaja dan pengunaan bebas setiap waktu, manakala murid MTDF & IPTAF tidak dibenarkan samada hak milik peribadi atau pinjaman dari pelajar kolej kecuali dengan izin warden.
  8. Murid MTDF & IPTAF hanya dibenarkan meggunakan telefon bimbit biasa dan hanya dibenarkan pada hari cuti sahaja. Semua telefon bimbit yang dibawa hendaklah diserahkan kepada warden asrama.
  9. Rokok, ganja, dadah, arak, video lucah, gambar-gambar lucah adalah haram dan tidak dibenarkan.
  10. Pelajar IPTAF perlu menyertai pelajar MTDF dalam kerja-kerja kebajikan seperti gotong royong setiap hari ahad dan juga kerja-kerja penyediaan bahan masakan dan lain-lain.
  11. Tidak dibenarkan keluar dari asrama atau sekolah samada untuk membeli makanan atau bahan keperluan lain kecuali dengan izin.
  12. Para murid adalah wajib menghormati semua guru dan mejaga adab-adab pergaulan serta percakapan.
  13. Murid hanya dibenarkan pulang pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja.
  14. Kepulangan murid hendaklah diambil oleh keluarga/penjaga sahaja. Murid tidak akan dibenarkan pulang sendiri melainkan dengan izin pengetua atau kebenaran keluarga/penjaga dengan syarat pihak keluarga/penjaga memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah.
  15. Keperluan balik diwaktu lain adalah tidak dibenarkan melainkan hal-hal kecemasan sahaja seperti kematian, sakit, majlis keramaian dll berdasarkan keadaan dan pihak keluarga/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.
  16. Murid hendaklah dihantar kembali ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum jam 10mlm dan hendaklah menandatangan BUKU REKOD KEHADIRAN. Kegagalan memenuhi peraturan ini akan diambil tindakan yang tegas.
  17. Keluarga/penjaga hanya dibenarkan melawat murid pada hari minggu sahaja iaitu pada setiap minggu. Murid tidak dibenarkan keluar melainkan hanya pada minggu yang dibenarkan keluar sahaja berdasarkan jadual yag telah diberikan..
  18. Lawatan yang dibuat oleh keluarga/penjaga pada hari persekolahan adalah tidak digalakkan terutama pada waktu malam dan murid tidak akan dibenarkan berjumpa dengan keluarga mereka.
  19. Murid MTDF hanya dibenarkan keluar bersama keluarga 2kali sahaja setiap bulan, manakala murid IPTAF dibenarkan pulang berdasarkan jadual yang diberi. Masanya adalah seperti berikut:-
    • Sabtu :-  11.00 pg – 10.00mlm
    • Ahad  :-  09.00 pg – 06.30 ptg
  20. Pihak sekolah boleh membatalkan kebenaran keluar sekiranya ada program yang melibatkan murid pada hari tersebut. Oleh itu adalah dinasihatkan kepada keluarga/penjaga memaklumkan kehadiran mereka terlebih dahulu kepada pihak sekolah.
  21. Keluarga/penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan murid secara terus. Keluarga/penjaga perlu mendapatkan kebenaran dari warden yang bertugas terlebih dahulu. Kegagalan meminta izin merupakan satu kesalahan dan murid tidak akan dibenarkan bertemu dengan keluarga/penjaga.
  22. Sekiranya keluarga/penjaga berhajat membawa keluar murid, mereka perlulah terlebih dahulu menandatangan rekod keluar masuk pelajar dan borang kebenaran yang disediakan.

**peraturan terperinci sila rujuk panduan Peraturan Dan Disiplin Sekolah di bawah
  
PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH.
Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita tentang isu yang berkaitan masalah disiplin murid di uar-uarkan. Murid merokok, melawan, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah seumpama ini berlaku dimana sahaja tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar mahupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh bahkan berlaku diperingkat pelajar kolej. Sikap para murid sekarang ada yang melepasai jangkaun kita terhadap sesuatu perkara.

Oleh sebab itu, peraturan haruslah dikuatkuasakan dengan lebih agresif. Peraturan adalah bertujuan untuk membetuk murid yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang tenang dan harmonis serta teratur di samping akan menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Disiplin Sekolah akan meminda dan menambah peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul permasalahan atau keperluan.

Pindaan dan tambahan akan diumumkan dan dikuatkuasakan serta merta. Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid untuk mengetahui dan mematuhi Peraturan Sekolah. Pihak Lembaga Disiplin berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah.

Seseorang murid yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman dibawah atau disatukan sekali:

  1. Amaran
  2. Hukuman yang setimpal mengikut budi bicara Lembaga Disiplin
  3. Denda tidak melebihi dari dua ratus ringgit
  4. Di gantung sekolah
  5. Di buangan sekolah.
*** Tertakluk kepada kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa.
  
PERATURAN TATATERTIB
  • Wajib solat berjamaah disurau pada setiap waktu solat
  • Menghormati surau dan tempat-tempat ibadah.
  • Wajib menghormati semua guru dan kakitangan Darul Fuqaha
  • Wajib menghormati warga Darul Fuqaha pada semua peringkat
  • Wajib menghormati semua tetamu Darul Fuqaha
  • Wajib menutup aurat setiap waktu hatta ketika berada dalam bilik air dan ketika tidur.
  • Melaksanakan semua arahan pihak pentadbiran selagimana tidak bercanggahan dengan syariat agama.
  • Wajib hadir semua kuliah dan program yang telah ditetapkan oleh Darul Fuqaha.
  • Sentiasa menepati masa
  • Menjaga adab-adab percakapan. Bertuturan sopan, tidak mencarut dan tidak menyebut perkataan-perkataan berbentuk kelucahan.
  • Menjaga adab-adab menuntut ilmu
  • Menjaga adab-adab ketika makan, tidak membuat bising.


PERATURAN ASRAMA

  1. Penempatan Pelajar

  • Para pelajar akan ditempatkan di 1 blok asrama
  • Para pelajar perlu menggunakan katil, tilam dan almari yang telah disediakan dan tidak dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua Warden.
  • Semasa penyerahan alatan kepada pelajar pada hari pertama pendaftaran, setiap alatan tersebut hendaklah diperiksa dan ditandakan dalam senarai Borang Penyerahan Alatan kepada pelajar.  Sebarang kerosakan pada alatan tersebut setelah pemeriksaan semula akan dibiayai kosnya oleh para pelajar.
  • Segala kerosakan asrama dan alat kelengkapan lain yang disediakan dan disebabkan oleh pelajar akan dikenakan bayaran gantirugi dan jika tidak diketahui pelajar yang merosakkanya, semua pelajar di dalam asrama berkenaan harus bertanggung jawab menggantikannya atau membayar gantirugi.
  • Gotong royong perlu dilakukan pada setiap minggu dan melibatkan semua pelajar. Waktu wajib gotong royong adalah pada hari ahad.
  • Pelajar wajib memastikan kawasan penempatan setiasa berada dalam keadaan yang bersih.


Penempatan Bilik

    • Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih.
    • Setiap almari dan katil mestilah mempunyai tanda nama
    • Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas.
    • Sampah sarap dibuang di tempat yang disediakan.
    • Gambar dan poster yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja boleh ditampal di dinding atau almari.
    • Cadar dan sarung bantal berwarna biru hendaklah sentiasa dipasang.
    • Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan  di hujung katil.
    • Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan dalam almari.
    • Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama dan bukannya di dalam bilik.
    • Barang-barang seperti beg , kotak kasut  tidak dibenarkan diletakkan di atas almari.
    • Dilarang meletak buku , kain basahan dan baju di tingkap-tingkap asrama pada sebarang waktu.
    • Kasut dan alas kaki hendaklah disimpan dan disusun secara teratur di tempat-tempat yang disediakan.
    • Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering.  Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera.  Jika tidak, pakaian tersebut akan dirampas oleh pihak berkuasa asrama.
    • Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap minggu oleh warden asrama atau pihak atasan kolej.
    • Pelajar tidak dibenarkan memasak didalam bilik atau mana-mana bilik asrama yang disediakan. Memasak tanpa pengetahuan warden adalah satu kesalahan besar.


    1. Perabot dan kelengkapan

    • Tilam mestilah bercadar dan bantal hendaklah sentiasa bersarung.
    • Perabot bilik tidak boleh ditukar, ditambah, dikurang, dialih atau diubahsuai susunannya tanpa kebenaran.
    • Semua perabot dan harta benda Sekolah yang diperuntukkan kepada murid adalah tangggungjawab semua penghuni.
    • Semua suis elektrik hendaklah dimatikan apabila penghuni meninggalkan asrama

    1. Peraturan Bersukan

    • Wajib berpakaian menutup aurat ketika bersukan.
    • Seluar pendek dan baju lengan sangkut adalah tidak dibenarkan.


    1. Peraturan balik

    • Murid hanya dibenarkan pulang pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja.
    • Kepulangan murid hendaklah diambil oleh keluarga/penjaga sahaja. Murid tidak akan dibenarkan pulang sendiri melainkan dengan izin pengetua atau kebenaran keluarga/penjaga dengan syarat pihak keluarga/penjaga memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah.
    • Keperluan balik diwaktu lain adalah tidak dibenarkan melainkan hal-hal kecemasan sahaja seperti kematian, sakit, majlis keramaian dll berdasarkan keadaan dan pihak keluarga/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.
    • Murid  hendaklah dihantar kembali ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum jam 10mlm. Kegagalan memenuhi peraturan ini akan diambil tindakan yang tegas.
    • Buku rekod Keluar/Masuk Pelajar mesti diisi ketika mengambil dan menghantar murid.
    • Lawatan ke Asrama atau Sekolah
    • Keluarga/penjaga hanya dibenarkan melawat pelajar pada hari minggu sahaja iaitu pada setiap minggu. Pelajar tidak dibenarkan keluar melainkan melainkan hanya pada minggu yang dibenarkan keluar sahaja berdasarkan jadual yag telah diberikan
    • Lawatan yang dibuat oleh keluarga/penjaga pada hari persekolahan adalah tidak dibenarkan terutama pada waktu malam dan pelajar tidak akan dibenarkan berjumpa dengan keluarga mereka.
    • Murid MTDF hanya dibenarkan keluar bersama keluarga 2kali sahaja iaitu pada setiap bulan berdasarkan jadual yang diberi, Masanya adalah seperti berikut:-  
                  o        Sabtu :-  11.00 pg – 10.00mlm
                  o        Ahad  :-  09.00 pg – 06.30 ptg
    • Pihak sekolah boleh membatalkan kebenaran keluar sekira ada program yang melibatkan pelajar pada hari tersebut. Oleh itu adalah dinasihatkan kepada keluarga/penjaga memaklumkan kehadiran mereka terlebih dahulu kepada pihak sekolah.
    • Keluarga/penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar secara terus. Keluarga/penjaga perlu mendapatkan kebenaran dari warden yang bertugas terlebih dahulu. Kegagalan meminta izin merupakan satu kesalahan dan pelajar tidak akan dibenarkan bertemu dengan keluarga/penjaga.
    • Sekiranya keluarga/penjaga berhajat membawa keluar pelajar, mereka perlulah terlebih dahulu menandatangan rekod keluar masuk pelajar dan borang kebenaran yang disediakan.


    BARANG-BARANGAN LARANGAN DI DARUL FUQAHA
    Bil
    Senarai Barangan

    1.  
    CD, VCD, DVD dan pita Kaset ( Isi kandungannya lucah atau tidak )

    1.  
    “Gold Dust”, “ Silver Dust” tepung, telur , beg plastik berisi air

    1.  
    Senjata atau alat berbahaya seperti kerambit, buku lima, pemutar skru dan lain-lain

    1.  
    Gambar lucah , video lucah, memory card lucah, buku komik lucah , majalah lucah

    1.  
    Majalah Hiburan /Komik kartun walaupun isi kandungan tidak lucah. / bahan cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah fesyen, poster / kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah, buku kisah cinta remaja / dewasa, cerita seram berlebihan dan seumpamanya.

    1.  
    Dadah, pil-pil khayal, rokok, mancis, “lighter”

    1.  
    Daun terup dan barang-barang permaian.

    1.  
    Getah / Kain Pengikat kepala

    1.  
    Gelang getah , gelang plastik , gelang suasa dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan amalan agama.

    1.  
    Tali pinggang berkepala besar melebihi 2 inci, tali pinggang  berfesyen

    1.  
    Subang, anting-anting (pelajar  tidak dibenarkan bersubang ) tidak dibenarkan gunakan plastik/lidi/ kayu untuk menutup lubang yang ditindik

    1.  
    Gula-gula getah ( chewing gum )

    1.  
    Pemegang kunci bersaiz besar / Rantai kunci bersaiz besar

    1.  
    Alatan / senjata  berbahaya seperti buku lima, kapak kecil dan   lain-lain.

    1.  
    Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan

    1.  
    Gambar/ Poster Artis/ Model

    1.  
    Kad poker / barangan untuk berjudi

    1.  
    Tanda-tanda/ lencana / label  yang berunsur politik

    1.  
    Kad magic / kad pokemon / yo yo

    1.  
    Minuman keras atau minuman yang boleh memabukkan

    1.  
    Dadah / pil-pil khayal / rokok / mancis / lighter

    1.  
    Bahan letupan / mercun / bunga api

    1.  
    Alat-alat elektronik seperti `game & watch’, `cyberpet’, pita video, cekera padat (CD), pita kaset, radio walkman, radio dan sebagainya

    PERHATIAN DAN AMARAN

    Semua murid wajib memahami perjalanan hidup dan peraturan yang telah ditetapkan. Kegagalan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang. Tindakan atau hukuman yang akan dilaksanakan adalah mengikut budi bicara warden atau pengetua yang dianggap setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Peraturan akan sentiasa bertambah berdasarkan suasana dan keadaan murid yang melanggar etika seorang pelajar atau etika seorang muslim.


    Barangan Keperluan Yang Perlu dibawa oleh setiap murid MTDF & IPTAF

    KEPERLUAN YANG WAJIB DISEDIAKAN
    BIL.
    PERKARA
    UNIT

    1.  
    Jubah putih
    2 helai

    1.  
    Kopiah putih (jenis keras )
    2 helai

    1.  
    • Serban putih & merah bercorak petak (MTDF)
    • Serban putih & hijau bercorak petak (IPTAF)
    2 helai

    1.  
    Pakaian seragam sekolah
    • Baju putih dan seluar hijau
    2 pasang

    1.  
    • Kasut sekolah putih (MTDF)
    • Kasut sekolah hitam (IPTAF)

    1 @ 2 pasang

    1.  
    Baju t-shirt putih leher bulat
    2 helai

    1.  
    Singlet putih (jika perlu)
    2 helai

    1.  
    Stokin putih
    2 pasang

    1.  
    Baju kemeja / melayu / baju raihan
    (kegunaan harian)
    2 helai

    1.  
    Seluar slack hitam (MTDF)
    3 helai

    1.  
    Baju harian
    5 helai sahaja (t-shirt lengan panjang @ pendek)

    1.  
    Pakaian sukan
      • Trek suit & baju sukan
    2 pasang
    (Trek suit 3helai paling kurang)

    1.  
    Kasut sukan (jika aktif sukan)
      • kasut bola @ kasut sukan biasa


    1.  
    Tuala
    2 helai

    1.  
    Selipar
      • Ting 4 : biru
      • Ting 3 : hitam
      • Ting 2 : hijau
      • Ting 1 : merah
    2 pasang

    1.  
    selimut
    1 @ 2 helai

    1.  
    Kain cadar & sampul bantal
    • Warna biru muda
    2 helai

    1.  
    Al-quran dan rehal (IPTAF)
    1

    1.  
    Keperluan peribadi :-
    • Ubat gigi
    • Berus gigi
    • Sabun mandi
    • Berus kain
    • Sabun basuh
    • Nila
    • Dll….


    • semua senarai diatas hendaklah ditulis nama pemiliknya supaya tidak berlaku kehilangan atau tertukar barangan, pihak sekolah tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan barangan milik murid. Kebiasaan kealpaan murid untuk menulis nama pada barang merupakan punca kehilangn barang. Sebarang aduan berkenaan kehilangan barang-barang diatas tidak akan dilayan.wassalam

    yang menjalankan amanah,


    ……………………………
    ( MOHD KHAIRUL AZLAN BIN AMAN RAZALI)
    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
    Merangkap ketua warden asrama.

    DISAHKAN OLEH:


    …………………………….
    (USTAZAH ANILI BT RAMLE)
    PENGETUA MTDF & IPTAF


    JADUAL PULANG & KELUAR BULANAN PELAJAR MTDF


    BIL
    PERKARA
    TARIKH
    HARI
    CATATAN
    1.       
    Cuti bulan Februari
    (Tahun Baru Cina)
    13Feb – 15Feb
    Sabtu, ahad, isnin
    Wajib Balik
    2.       
    Cuti persekolahan bulan Mac
    13Mac – 21Mac
    Satu minggu
    Wajib Balik
    3.       
    Boleh keluar
    03 & 04 April
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    4.       
    Cuti bulan april
    17Apr – 18Apr
    Sabtu , ahad
    Boleh keluar
    5.       
    Cuti bulan Mei
    8Mei – 09 Mei
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    6.       
    Boleh keluar
    22 & 23 Mei
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    7.       
    Cuti persekolahan bulan Jun
    5Jun – 20 Jun
    16 hari
    Wajib Balik
    8.       
    Boleh keluar
    03 & 04 Julai
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    9.       
    Cuti bulan Julai
    17 & 18Jul
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    10.   
    Boleh keluar
    31 Julai & 1 Ogos
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    11.   
    Cuti bulan Ogos
    14Ogos – 15Ogos
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    12.   
    Cuti sekolah (Raya Puasa)
    4Sept – 12 Sept
    9 hari
    Wajib Balik
    13.   
    Boleh keluar
    02 & 03 Okt
    Sabtu &Ahad
    Boleh keluar
    14.   
    Cuti bulan Oktober
    16Okt – 17Okt
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    15.   
    Boleh keluar
    30 & 31 Okt
    Sabtu & Ahad
    Boleh keluar
    16.   
    Cuti sekolah (Raya Haji)
    17Nov – 28Nov
    12 hari
    Pelajar MTDF berhari raya di MTDF
    17.   
    Cuti sekolah akhir tahun
    18Dis – 2Jan 2011
    16 hari
     Wajib Balik
     

    # sebarang perubahan pada jadual akan dimaklumkan oleh pihak sekolah