Friday, April 9, 2010

sangka baik elakkan tohmahan

Perhubungan sesama muslim dibina atas asas persaudaraan Islam menerusi ikatan syahadah Lailahaillallah. Persaudaraan islam ini pula membentuk rasa kasih sesama muslim. Rasa kasih pula membawa kepada perasaan bersangka baik kepada setiap muslim dan seterusnya mempertahankan maruah saudara seIslam sekiranya dicemari dengan tohmahan dan sangkaan jahat.
Allah berfirman:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari sangkaan itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Imam Ibn Kathir dalam karya beliau Tafsir al-Qur’an al-`Azim mentafsirkan ayat di atas dengan katanya:
“Allah Taala berfirman menegah hamba-hambanya yang beriman daripada banyak bersangka-sangka iaitu membuat tohmahan dan tuduhan terhadap ahli keluarga, sanak saudara dan orang ramai bukan pada tempatnya kerana sebahagian sangkaan itu merupakan dosa semata-mata. Justeru, hendaklah kebanyakan sangkaan itu dijauhi untuk berwaspada dan berhati-hati.
Amir Mukminin Sayyidina `Umar berkata:
“janganlah kamu membuat sangkaan terhadap satu ungkapan yang keluar daripada saudara kamu yang Islam melainkan sangkaan kebaikan di kala mana kamu mendapati ungkapan tersebut masih ada ruang untuk ditafsirkan sebagai kebaikan.”
(Lihat: Tafsir Ibn Kathir, Juz 7, hlmn 377)
Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Abu Hurairah:-
إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث، ولا تجسسوا ولا تحسسوا، ولا تنافسوا، ولا تحاسدوا، ولا تباغضوا، ولا تدابروا، وكونوا عباد الله إخوانا
Maksudnya: “Berwaspadalah kamu dengan sangkaan kerana sangkaan itu merupakan sedusta-dusta percakapan. Janganlah kamu mengintip-ngintip, mencari-cari kesalahan, janganlah kamu berlumba-lumba, janagan dengki mendengki, jangan benci membenci, jangan saling berpaling belakang dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

nasihat hari ini

# jangan menjadi orang jahat dengan melakukan kerosakan dimuka bumi

# jangan menjadi penyebab kepada orang kena marah, biarlah kita penyebab kepada oarang gembira

# jangan ambil hak orang, fikirkan nasib mereka yang diambil hak mereka. sepertimana kita tidak mahu orang lain mengembil hak kita, begitu juga semestinya orang lain tidak menyukai hak mereka diambil.

#pastikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan selalulah memperbaiki diri.

"penebus rasa bersalah" anak-anak

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak. Maksudnya begini: Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... . ..
(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...
Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)
2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)
3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)
4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin
5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)
6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47......" kematian ibubapa
7. sedekah pisang kat masjid......
8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)
Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"
Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . .
memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.
Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat.
Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat......
Dari email yang dikirim oleh :
Lellow Starr
lellow_starr@yahoo.com